Pages

Saturday, November 21, 2015

Diet sihat wanita hamil

Kehamilan ialah masa yang paling sesuai untuk seseorang mula menjaga diri dengan baik dari segi fizikal dan juga emosi.Mereka seharusnya memberi diri sendiri peluang terbaik untuk melalui kehamilan bebas daripada masalah dan memperolehi bayi yang sihat jika mengikuti beberapa panduan yang mudah.

Secara amnya terdapat beberapa panduan untuk kehamilan sihat. Panduan tersebut adalah dengan merancang rawatan antenatal dari awal, makan dengan baik, berhati-hati tentang kebersihan makanan, mengambil tambahan folik asid dan memakan ikan, bersenam selalu, mula lakukan senaman lantai pelvik, tiada pengambilan alkohol, kurangkan pengambilan kafein, berhenti merokok dan lebihkan berehat.

Wanita hamil tidak perlu ‘makan untuk dua orang’ semasa sedang hamil, atau minum susu penuh lemak atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu ibu. Malah, keperluan tenaga mereka tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari). Namun, penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera untuk makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan yang lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama. Pastikan diet wanita hamil merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari). Mereka perlu menyediakan sarapan berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya mereka mendapat serat pada kadar yang banyak). Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kekacang dan sejumlah susu dan makanan tenusu setiap hari. Juga, adalah penting untuk tidak mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu sarapan.

Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah asid folik (juga dikenali sebagai asid folat), yang boleh membantu mencegah masalah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius.Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa proses persenyawaan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan. Mereka juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan.Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin.Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan mereka dan bayi dalam kandungan adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa.Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia.

Lazimnya, wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak akan mengalami masalah inkontinens atau kencing yang tidak terkawal, apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Seseorang wanita boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvik, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung. Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum.Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit. Lantai pelvik anda boleh diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan setiap wanita perlu melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali.

Kurangkan pengambilan kafein.Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai kurang berat badan semasa dilahirkan, atau meningkatkan risiko keguguran.Sama seperti alkohol, di mana lebih baik jika lebih berhati-hati, wanita juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama.

Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, melahirkanbayi pramatang, kelahiran mati dan kematian kot (‘cot death’). Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah.Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum seseorang wanita merancang untuk hamil, namun begitu, apa jua pengurangan dalam bilangan rokok yang dihisap setiap hari semasa hamil akan memberikan peluang yang lebih baik kepada bayi anda.

Lebihkan berehat.Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan memberitahu seseorang wanita yang sedang hamil supaya “jangan terlalu aktif”. Jika tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai selama 30 minit atau lebih.Senaman dan aktiviti relaks juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba teknik relaks yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/diet-sihat-wanita-hamil-1.156072#sthash.90HR7WF8.dpuf
Kehamilan

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/diet-sihat-wanita-hamil-1.156072#sthash.88b15545.dpuf

Thursday, June 18, 2015

The Right Diet for Pregnant Women

If a woman needs to be in tiptop shape and in her most healthy self, that time should be when she is pregnant. Pregnancy takes a lot of responsibility because whatever you do and whatever you eat and drink, you will either be helping or hurting the baby inside of you. Knowing the right diet for pregnant lady will make the baby healthier as well.

We are often advised by doctors and friends on the best foods for pregnant women but the list is too long. Hence, so as not to complicate your life, here are a few suggestions for a simple yet effective diet for pregnant woman.

Fortified with several must-haves like iron, folic acid and fiber, the whole grains are some of the things that shouldn't be amiss in the diet plan for pregnant women.

Another essential part of the diet for pregnant ladies includes Salmon, which is on the list of best diet for pregnant woman. A good source of omega-3 fatty acids, the Salmon, whether broiled, grilled or added to a salad, works to keep baby's brain and eyes healthy.

Beans contain the following key nutrients: calcium, iron, zinc and folate, aside from the fiber and protein as well.

Eggs are some of the most common nutrients that should be present in the diet. Providing amino acids which are essential to the mom and baby, eggs also provide protein to the body. However, make sure that the eggs you include in the healthy diet for pregnant women are not raw eggs or are not undercooked. 

Berries which are a good food are great as add-ons to snacks and contain such minerals as potassium, folate and fiber.

We've heard so many benefits on the use of yogurt in one's diet. But to be able to remember how important yogurt is, keep in mind that yogurt provides more calcium to the body than milk. Hence, it is imperative that we include this among the food for women who are pregnant.

It is but natural to follow a strict diet for pregnant women especially if it is said to have helped a lot of female able to conceive. The right diet does not also just help address infertility issues in general but is essential in letting a person achieve health and wellness too. To sum it up, keep an open mind, know your options and trust that you can.

Discover How To Put An End To Your Infertility Problems Once And For All Using Proven Techniques That Give You Immediate Results...

Click The Link To Learn More
Pregnancy Miracle [http://www.thepregnancymiracle.net]

Sunday, February 19, 2012

Mi-CARE bantu ibu dan bayi

KURSUS Mi-CARE ini turut mengajar peserta cara penjagaan bayi secara lebih jelas.

 SAAT melahirkan bayi adalah antara momen terindah buat seorang wanita. Tambah bahagia apabila bayi comel itu cahayamata pertama yang sudah tentu melengkapkan warna ceria keluarga seorang wanita. 

Namun, baik mereka yang pertama kali bergelar ibu mahupun sudah pernah melaluinya, adakah benar-benar arif tentang penjagaan diri serta bayi saat mengandung dan selepas bersalin? 

Tahukah apa yang pantang untuk diambil ketika mengandung dan selepas bersalin? Nutrien apa yang diperlukan dalam menyusukan anak atau apa yang perlu diamalkan bagi memastikan kesihatan mental dan fizikal ibu sama terjamin?

Kebiasaannya, tips ibu-ibu ini diperturunkan daripada orang tua dan ada yang melakukan inisiatif sendiri dengan mendapatkan maklumat menerusi buku dan Internet. 

Melalui sebuah program baru yang dilancarkan buat pertama kalinya di Malaysia, para jururawat bukan sahaja bertugas membantu doktor atau pesakit bahkan turut menjadi sumber maklumat dalam penjagaan ibu dan bayi. 

Program Penjagaan Ibu dan Bayi (Mi-CARE), hasil kerjasama antara Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia (OGSM), Persatuan Perbidanan Kebangsaan Malaysia (NMSM), Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) diperkenalkan bagi membantu menggalakkan pendekatan yang lebih menyeluruh terhadap kehamilan dan kelahiran melalui jururawat.

Program selama dua hari itu meliputi bengkel latihan untuk bidan, jururawat dan pembantu jururawat yang bertugas di pusat-pusat ibu mengandung dan bersalin serta klinik pediatrik seluruh negara. 

Setiap bengkel ditumpukan kepada 11 bidang penting antaranya penjagaan wanita mengandung, pemakanan semasa mengandung, kelahiran bayi dan penjagaan postpartum (selepas bersalin).

Turut dibincangkan soal pemakanan semasa menyusui bayi, perancangan keluarga, menyusukan bayi, penjagaan bayi baru lahir, pemberian makanan lengkap, penjagaan bayi dan kesihatan mental ibu. 

Menurut Dr. H. Krishna Kumar, Presiden OGSM dan Pengerusi Panel Pakar Mi-CARE, proses kehamilan dan melahirkan anak sesuatu yang amat luar biasa bagi wanita kerana pada masa inilah mereka paling terdedah kepada pelbagai jenis masalah. 

“Para ibu memerlukan penjagaan kehamilan baik yang diperoleh daripada interaksi membina dengan penyedia perkhidmatan kesihatan di samping gaya hidup positif yang diamalkannya.

“Menerusi program Mi-CARE, kami berharap untuk memperkukuh hubungan antara kakitangan penjagaan kesihatan khususnya jururawat, dengan golongan ibu. 

“Kami juga berharap jururawat dapat memberikan maklumat dan nasihat yang berkaitan secara lebih berkesan untuk membantu membawa perubahan positif kepada setiap kehamilan,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Mi-CARE, baru-baru ini. 

Melalui bengkel Mi-CARE, jururawat dan pembantu jururawat dapat mengikuti perkembangan terkini dalam hal yang berkaitan dengan kehamilan, kelahiran dan penjagaan selepas bersalin. 

Ini akan membolehkan mereka memberikan penjagaan yang lebih berkesan kepada ibu-ibu, menyedari masalah yang boleh berlaku, mengikuti perkembangan dan memberi lebih perhatian kepada kehamilan ibu.

Setiap jururawat yang menjalani latihan akan mendapat manual rujukan terperinci yang memberikan maklumat lebih mendalam tentang pelbagai isu dan masalah yang berkaitan.

Mi-CARE juga memberi bantuan kepada ibu-ibu menerusi talian percuma Pusat Nasihat Telefon Mi-CARE iaitu 1-800-88-9033. 

Pusat Nasihat Telefon Mi-CARE ini dikendalikan oleh seorang pakar pemakanan atau seorang jururawat terlatih. 

Kepada jururawat yang berminat untuk mendaftarkan diri dalam program Mi-CARE, boleh menghubungi sekretariat Mi-CARE di talian 03-56211408 atau 1800-88-9033.

--- UTUSAN MALAYSIA

Hilangkan jangkitan ruam lampin

RUAM lampin merupakan masalah kulit yang paling kerap dialami oleh kebanyakan anak kecil khususnya bayi. 

Walaupun ia bukanlah penyakit berbahaya, namun terdapat sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius sekiranya tidak diatasi dengan betul.

 Ruam lampin lazimnya berlaku di sekitar bahagian yang ditutupi seperti punggung, kelangkang, paha dan kemaluan.

Kulit di sekitar bahagian-bahagian tersebut akan berbintik-bintik kemerahan dan merengsakan bayi.

Masalah ruam lampin biasanya terjadi apabila jangkitan bakteria dan kulat ataupun disebabkan alahan kulit.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlaku ruam di kalangan bayi. Antaranya apabila kulit bayi menyentuh air kencing yang disebabkan oleh pemakaian lampin dalam tempoh yang terlalu lama. 

Ammonia yang dihasilkan air kencing akan mengganggu lapisan perlindungan kulit bayi dan menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan.

Selain air kencing , najis bayi terutama yang cair juga penyebab kepada keadaan menjadi ruam.

Najis sebenarnya amat merbahaya kepada kulit bayi kerana ia terhasil daripada makanan bayi dan juga ubat-ubat tertentu yang diberikan kepada mereka.

Punca lain ialah bahan kimia yang terdapat dalam sabun mandian bayi. Bagaimanapun terdapat juga jenis lampin pakai buang yang menyebabkan alergi pada kulit bayi yang sensitif.

Ruam lampin boleh sembuh dengan sendiri jika kita sebagai ibu mengamalkan penjagaan kulit bayi dengan betul.

--- UTUSAN MALAYSIA

Sunday, May 29, 2011

Selamatkah botol susu anak anda?

TIGA tahun lalu, Program Toksikologi Nasional Amerika Syarikat mengeluarkan laporan bahawa bahan kimia dikenali sebagai bisphenol A (BPA) mungkin menyebabkan masalah berkaitan hormon, termasuk baligh lebih awal di kalangan kanak-kanak dan ketumbuhan barah.

Kandungan bahan kimia BPA lazimnya ditemui pada botol susu bayi. Bertambah buruk lagi apabila botol air yang digunakan untuk minum ketika hamil juga mengandungi kimia ini.

Terdapat kebimbangan pendedahan terhadap BPA boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan sama ada dari segi neurologi atau tingkah-laku. Bayi turut mengalami risiko yang sama jika kajian ini didapati benar.

Pertubuhan seperti Majlis Kimia Amerika mempertikaikan tidak ada bukti kuat bisphenol A memberi kesan buruk kepada manusia. 

Ketika ini, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) tidak bercadang mengharamkan BPA dalam plastik. Begitupun, Kanada telah mengambil langkah awal dengan melabelkan kimia itu berbahaya.

Namun di sebalik pendedahan tentang BPA, ibu dan bapa masih mempunyai pilihan untuk memilih menggunakan cawan atau botol susu untuk bayi ada. 

Selain itu, terdapat botol susu bebas BPA di pasaran dan botol susu kaca sebagai alternatif.

Jalan yang lebih selamat untuk mengelak kontroversi berkaitan keselamatan penggunaan bekas plastik adalah dengan mengelak daripada menggunakannya. 

Bukan saja keselamatan anak terjamin bahkan anda sendiri tidak perlu berasa risau.

Isu BPA bukan baru tetapi masih ada alternatif lain bagi mereka yang mahu mengekalkan botol lama.

Seorang pakar perubatan sebuah hospital persendirian di Lembah Klang memberitahu, botol susu polikarbonat telah sejak dahulu lagi. Sebagai seorang doktor, beliau sendiri belum pernah menerima atau merawat kes bayi atau kanak-kanak akibat polikarbonat.

“Dalam kehidupan seharian, kemungkinan botol-botol minuman palikarbonat yang kita gunakan turut terdedah dengan bahan BPA atau Bisphenol A.

‘‘Justeru itu, ia bukan satu persoalan yang baru tetapi semua pihak perlu melakukan kajian terperinci agar botol susu yang digunakan tidak memudaratkan kesihatan

‘‘Adakah satu tahap nanti, ibu bapa perlu menggunakan botol kaca?,” ujar doktor tersebut yang mengutarakan pendapat ringkas.

Menurut Pegawai Perubatan Hospital Pantai Ampang, Dr. Hanafiah Bashirun, BPA adalah bahan kimia industri yang digunakan untuk mmbuat botol susu bayi polikarbonat agar botol tersebut keras dan lutsinar. 

“Baru-baru ini kajian Universiti Malaya mendapati percampuran bahan BPA dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu tertentu memberi kesan kepada kesihatan bayi dan kanak-kanak. 

‘‘BPA ini pula akan menyebabkan gangguan pada sistem hormon badan bayi sekali gus menjejaskan sistem tubuh badan bayi. Tetapi tiada sebarang kajian saintifik untuk mengesahkan fakta tersebut,” katanya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa yang mampu dinasihatkan agar memilih botol susu bebas BPA, contohnya polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA). 

Beliau memberitahu, botol susu yang mengandungi BPA biasanya bersifat keras dan lutsinar. Selain itu, perhatikan label kod identifikasi plastik pada bawah botol susu. Botol susu dengan BPA akan dilabel dengan ‘nombor 7', ‘nombor 7 dan PC’ atau ‘nombor 7 dan other’. 

Bagi ibu bapa yang sedang menggunakan botol susu mengandungi BPA, adalah dinasihatkan agar menukar botol tersebut kepada botol ‘bebas BPA’.

Jika masih ingin menggunakan botol lama, Dr. Hanafiah menasihatkan agar mereka melakukan langkah berikut :-

l Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
l Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit. 

l Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
l Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelak permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. 

l Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
l Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan. 

Katanya, kesan penggunaan botol susu yang mengandungi BPA adalah bersifat jangka panjang.

“Ini disebabkan kesan sampingan pada sistem hormon. Adalah agak sukar untuk mengesannya dalam jangka masa pendek kerana kesannya masih tidak kelihatan. Perlu diingat, tidak ada situasi kecemasan yang timbul disebabkan kesan BPA tersebut,” ujar beliau.

Kebanyakan ibu sibuk dengan kerjaya dan penggunaan susu botol adalah sebagai alternatif bagi mereka yang ingin memberi susu ibu. Seperti yang kita sedia maklum, susu yang terbaik adalah susu ibu.

Berhubung dengan tumbesaran bayi, tiada sebarang kesan pada tumbesaran bagi kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas yang masih menyusu menggunakan susu botol.

Ini kerana zat nutrisi yang terdapat pada susu tersebut juga penting. 

Bagaimanapun pada usia tersebut, digalakkan mereka di ajar menggunakan cawan atau botol biasa terutama jika mula memasuki zaman persekolahan.

“ Biasanya pihak hospital tidak akan memberitahu atau mencadangkan jenis-jenis botol susu tertentu yang harus digunakan. Ini kerana kebanyakan hospital menggalakkan penyusuan susu badan. Akan tetapi, pada masa ini, adalah amat digalakkan penggunaan susu botol yang mengandungi BPA dielakkan,” katanya. 

Kenal pasti botol susu jenis polikarbonat 

l Bersifat keras dan lutsinar yang mana ia mengandungi BPA. 

l Botol susu tersebut juga boleh dikenali melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi. 

l Kod identifikasinya adalah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan ‘other’.

l Sementara itu, botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA. - UTUSAN MALAYSIA