Pages

Tuesday, March 9, 2010

Pelbagai risiko pembedahan Caesarean

Soalan

ISTERI saya baru-baru ini bersalin anak sulung secara pembedahan.

Apakah kesan sampingan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan? Ada yang mengatakan jika isteri bersalin secara pembedahan, bilangan anak yang boleh dilahirkan setakat tiga orang sahaja.

Adakah itu benar?

RADIN,
Kuala Lumpur


Jawapan 

BERIKUT adalah antara beberapa panduan am berkaitan kesan sampingan bersalin pembedahan Caesarean.

  • Bersalin secara pembedahan mungkin membabitkan lebih pendarahan berbanding bersalin biasa.
  • Kadangkala ia boleh menyebabkan rahim terpaksa dibuang untuk menghentikan pendarahan.

    Isteri anda mungkin mengalami lemah badan atau kelesuan selepas bersalin.

    Keadaan itu lebih ketara berbanding jika dia bersalin biasa.

    Lazimnya, doktor akan mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan pendarahan berlebihan sewaktu dan selepas bayi dilahirkan.

    Pada hari kedua selepas pembedahan, sedikit sampel darah isteri anda mungkin diambil untuk mengetahui paras hemoglobin darahnya.

    Isteri anda juga mungkin sudah dibekalkan ubat pil zat besi untuk memulihkan paras hemoglobinnya.

  • Jangkitan kuman boleh berlaku sama ada di dalam rahim (dinamakan endometritis) atau pada bahagian kulit (lebih kerap disebut wound breakdown) atau ke dalam aliran darah (septisemia).
  • Lazimnya, doktor memberikan antibiotik terus ke dalam aliran darah (intravena) sejurus sebelum pembedahan bermula dan diteruskan beberapa dos kemudian untuk mengelakkan risiko ini.
  • Penyebab isteri terpaksa menjalani pembedahan.Kebanyakan penyebab (contohnya bayi lemas) tidak berkait dengan risiko untuk berulang pada kehamilan akan datang.

    Penyebab seperti uri di bawah, rahim berkembar (bikornuat), tulang pelvis atau punggung sempit pula mungkin lebih berisiko untuk bersalin secara pembedahan pada kehamilan akan datang.
    Secara prinsipnya, setiap pasangan berhak membuat keputusan mengenai bilangan anak yang diingini, namun biarlah setelah mendapat penerangan doktor mengenai risiko meneruskan bilangan kehamilan itu.
    Berulang kali menjalani pembedahan Caesarean meningkatkan risiko rahim koyak atau lebih dikenali sebagai uterine rupture.

    Ia bukan saja berlaku pada hari sakit bersalin tetapi boleh berlaku pada bila-bila masa terutama setelah kandungan mencapai tujuh bulan.
    Walaupun risiko ini bukanlah 100 peratus (risikonya dilaporkan antara satu hingga dua peratus), namun jika dibandingkan dengan wanita yang baru sekali saja menjalani pembedahan Caesarean, risikonya meningkat sebanyak sehingga empat kali ganda. Apabila ia berlaku, keadaannya sangat mencemaskan dan membahayakan nyawa wanita, apatah lagi bayi dikandungnya.

    - HARIAN METRO

  • 2 comments:

    1. saya akan bersalin anak yg ke-3 melalui kaedah pembedahan..sepatut nya prosuder klu kelahiran yg ke-3 doctor akn mengikat saluran peranakkan saya.persoalannya.apakah faktor @kesan sampingan pd saya setelah sy mengikat saluran peranakkan saya..adakah d benarkan jikalau saya x mahu idikat dan maerancang dgn kaedah lain

      ReplyDelete
    2. saya juga seperti ika jamilah. tetapi setelah berjumpa dan mendengar pendapat beberapa pengamal perubatan dari hospital swasta dan kerajaan, saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan membuat Bilateral Tubal Ligation sewaktu pembedahan caesarean kali ke-3 walaupun doktor mencadangkan saya berbuat demikian. Memandangkan kaedah ini boleh dikatakan sebagai pemandulan kekal, saya membuat pilihan untuk merancang keluarga melalui kaedah lain. Walaupun doktor mencadangkan prosedur ini dilakukan atas faktor risiko, tapi keputusan ditangan pasangan berkenaan.

      ReplyDelete

    Note: Only a member of this blog may post a comment.